Tuesday, February 5, 2019

Pemikiran dan Kepercayaan






Assalamualaikum dan salam sejahtera,inilah blog yang dapat disiapkan.Semoga dapat memberikan rujukan dan sumber pengetahuan.

PENGENALAN:

-Salah satu ciri-ciri  sesebuah  tamadun ialah agama.Agama yang membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain.Agama melambangkan adat resam atau sistem kepercayaan.

Mengapa manusia memerlukan agama?

-Agama merupakan satu bentuk hubungan antara manusia dengan kuasa luar

6.1.PEMBAHAGIAN AGAMA

AGAMA ISLAM

⏩AGAMA BUDDHA

⏩AGAMA KRISTIAN

⏩AGAMA HINDU


⟹AGAMA ISLAM⟸

➽Agama Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Tuhan iaitu Allah SWT kepada Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad SAW.

➽Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu 'salam'yang bererti manusia menyerahkan diri kepada Allah,maka mereka akan dibalas dengan keamanan dan kesejahteraan .Dengan itu,orang Islam mengucapkan Assalamualaikum yang bererti sejahtera ke atas kamu(peace be upon you)apabila bertemu sesama mereka.

➽Oleh kerana Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia,nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya.Bagi penganut agama Islam,nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan yang terkandung dalam kitab suci Al Quran Qarim dan Al sunnah serta hadis Rasulullah SAW.

➽Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan.

➽Islam merupakan agama yang mendekati kepada persepakatan dan bekerjasama serta tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.

➽Agama Islam menentang kekerasan dan tindakan-tindakan keganasan.Sebaliknya,Islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan sahaja dikalangan penganut Islam bahkan juga di kalangan bukan Islam.(Ayat Al Quran:Surah Al Hujurat:muka surat49:ayat 13)

➽Dalam konteks amalan hidup pula,Islam menganjurkan nilai-nilai murni seperti keselamatan,keadilan sosial,keamanan,kesederhanaan,permuafakatan dan berserah diri kepada Allah sebagai satu cara hidup(Ad-din).

➽Kehidupan Nabi Muhammad SAW selalu dijadikan contoh moral,dibukukan dalam bentuk cerita untuk diajar kepada anak-anak umat Islam sejak kecil lagi.

➽Agama Islam terdiri daripada rukun Iman dan rukun Islam yang mesti diketahui dan diamalkan kepada umatnya.

RUKUN IMAN:

  1. Percaya kepada ALLAH.
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul.
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat.
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab.
  5. Percaya kepada Hari Kiamat.
  6. Percaya kepada Qada dan Qadar.

RUKUN ISLAM:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dengan mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
  2. Solat(sembahyang)lima waktu setiap sehari semalam.
  3. Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Menunaikan fardhu Haji ke Makkah ke atas orang yang mampu.

➠Sebagaimana yang dinyatakan di atas,orang Melayu adalah beragama Islam.Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad ke 13.Kedatangan Islam ke Tanah Melayu boleh disaksikan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1212.

➠Perkembangan Islam di Tanah Melayu semakin berkembang dengan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

➠Agama Islam telah berkembang maju apabila Raja Melaka dan diikuti dengan rakyat Melaka memeluk agama Islam.

➠Islam tersebar melalui beberapa cara iaitu perkahwinan dan perdagangan.

➠Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mengubah banyak kepercayaan yang karut yang telah diamalkan sejak daripada zaman nenek moyang mereka lagi iaitu animisme,perkara ghaib dan tahyul.Muhammad SAW pesuruh ALLAH yang terakhir.

➠Kedatangan Islam mudah meresap ke dalam jiwa masyarakat Melayu.Agama Islam dipratikkan dalam amalan seharian masyarakat Melayu seperti pemakaian,pergaulan,pemakanan,hubungan sesama manusia dan lain lain lagi.

➠Hari penting di dalam Agama Islam

a)Bulan Ramadhan.

b)Bulan Syawal.

c)Maal Hijrah.

d)Maulidur Rasul.

e)Hari Raya Haji.

f)Nuzul Al -Quran.

 6.1.2 AGAMA BUDHHA

  • Agama Buddha merupakan satu falsafah yang berasaskan ajaran Buddha,iaitu Siddharta Gautama yang lahir pada tahun 536 S.M.
  • Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek etika dan moral yang dipercayai akan membantu rohani manusia menjauhi kesengsaraan hidup.Tujuan akhir hidup manusia adalah mencapai kebuddhaan atau pencerahan sejati.Untuk mencapai tujuan ini,pertolongan dan bantuan dari pihak lain tidak akan mempengaruhinya,hanya dengan usaha sendirilah kebuddhaan dapat dicapai.Perlu difahami bahawa Buddha bukan Tuhan.
  • Beberapa pengajaran dalam Buddhisme terdapat dalam Empat Kebenaran(Four Noble Truth),Jalan Lapan Lapis(Eightfold Path)dan Lima Prinsip(Five Precepts)agama Buddha.
  • Agama Buddha juga merupakan agama yang terawal sampai ke Alam Melayu.
  • Kedatangan ini dapat dibuktikan dengan penemuan candi-candi Buddha di Lembah Bujang,Kedah.Namun agama Islam adalah agama yang paling banyak dianuti.
  • Kebanyakkan masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha dan sebahagiannya beragama Kristian dan Hindu.
  • Sidartha Gautama merupakan seorang putera Raja dari India yang dikenali sebagai Shakyamuni.
  • Ajaran Buddha menekankan kepada beberapa kitaran kehidupan,iaitu Sila,Renungan,Kesedaran,mencapai Sambodhi,terlepas daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma.
  • Kebanyakkan masyarakat Cina berpegang kepada ajaran-ajaran seperti Taiosme,Confucious dan penyembahan  nenek moyang.Perayaan utama masyarakat Cina ialah perayaan tahun baru cina.Pada hari tersebut semua akan berkumpul untuk berjumpa dan rumah dibersihkan untuk menghapuskan segala dosa-dosa serta tanda permulaan tahun baru.
  • Selain itu,masyarakat Cina menghiasi rumah mereka dengan limau mandarin sebagai simbol murah rezeki.
  • Jamuan utama Tahun Baru Cina ialah Yee Sang dan kuih bakul.
  • Pada malam tersebut mereka akan mengadakan makan besar untuk memeriahkannya.
  • Perayaan Chap Goh Mei disambut selepas 15 hari iaitu 14 hari selepas tahun baru Cina.
  • Ching Ming merupakan perayaan yang dikenali sebagai 'ancestor memorial'.Ching Ming disambut pada bulan April atau ke-4 untuk mengingati orang yang telah mati.
  • Chung merupakan perayaan bagi mengingati seorang tokoh yang terkenal dalam masyarakat Cina pada suatu ketika dulu yang bernama Quwuan.
  • Lima Prinsip Buddhilisme
        a)menghindari pencurian 

             b)menghindari tindakan penyelewengan seksual

            c)menjauhi diri dari berbohong,fitnah dan lain lain

    6.1.3 Agama Kristian

    • Berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan ajaran Jesus Christ.
    • Nama Christ berasal daripada perkataan Yunani iaitu Christos yang bermaksud penyelamat.
    • Ajaran asas yang digariskan agama Kristian ialah mencintai Tuhan dengan seluruh jiwa raga dan minda dan mencintai jiran seperti mencintai diri kita sendiri.
    • Ajaran Kristian mempunyai sepuluh rukun yang terdapat dalam perjanjian lama.
    • Antaranya ialah: 
    1. tidak menyembah tuhan lain melainkan kepadanya.
    2. tidak menyembah berhala dalam apa pun bentuk.
    3. tidak menyalahgunakan nama Tuhan.
    4. Ingati hari Sabtu dan jagalah kesuciannya.
    5. berbaiklah dan hormatilah ibu bapa.
    6. jangan membunuh.
    7. jangan berzina.
    8. jangan mencuri.
    9. jangan memberi keterangan palsu.
    10. jangan merampas harta benda,isteri atau apa sahaja kepunyaan jiran.
    • Penganut Kristian atau Nasrani menggunakan al-kitab atau kitab Injil(Holy Bible)sebagai sumber rujukan.
    • Jesus mengajar konsep tuhan yang esa,penyayang,pemurah dan pengampun.
    • Cuti Keagamaan Kristian iaitu krismas,hari krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan diraikan lebih dari segi komersiti tanpa banyak unsur-unsur kerohanian.Jumaat agung bukan cuti am kebangsaan,tetapi ia adalah cuti am negeri Sabah dan Sarawak di mana penganut Kristian ialah minoriti yang diberi hak untuk berhari raya.
    6.1.4 AGAMA HINDU

    • Hinduisme ialah satu agama tertua yang diketahui di dunia dan yang tidak mempunyai pengasas.
    • Hindu dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak dewa,namun tidaklah sepenuhnya.
    • Dalam agama Hindu,dewa bukanlah tuhan tersendiri.
    • Tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu mencipta,memelihara dan membinasakan.
    • Penganut Hindu mengakui bahawa dewa-dewa yang lebih rendah dan dipercayai bahawa dewa-dewa itu semua berkedudukan lebih rendah dari Brahman atau tuhan yang tunggal.
    • Matlamat utama penganut Hindu adalah untuk mencapai Moksha.Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi di dunia.
    • Veda merupakan kitab suci pertama yang menjadi panduan dalam kehidupan masyarakat India beragama Hindu.Contoh dosa besar dalam budaya India adalah meminum arak,membunuh dan sumbang mahram.Antara dosa kecil pula perbuatan seperti tidak membayar hutang,menebang pokok ,membunuh binatang dan mencuri.
    • Hukum Karma menetapkan perbuatan baik dibalas jahat di dalam kehidupannya yang akan datang.
    • Penganut agama Hindu juga percaya dengan mengamalkan kehidupan sederhana atau zuhud,iaitu dengan menolak kemewahan hidup,mereka akan hidup semula sebagai Brahmin.
    • Agama Hindu biasanya dikaitkan dengan masyarakat India kerana kebanyakkanya masyarakat India di Malaysia adalah beragama Hindu dan hanya segelintir yang beragama Islam,Kristian dan Buddha.
    • Perayaan utama masyarakat India:
           a)Hari Deepavali ia disambut pada hari ke 14 bulan aipasi dalam kalendar Tamil.Antara kepentingan perayaan ini adalah untuk meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan kegelapan rohani.Pada hari deepavali,penganut agama hindu menghiasi rumah mereka dengan pelita,bermain mercun serta mengagihkan manisan dan hadiah.

          b)Thaipusam disambut sempena menghormati dewa hindu iaitu dewa Murugan.Thaipusam merupakan hari untuk penganut Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.Ada dikalangan mereka yang bercukur rambut serta membawa Kavadi sama ada di atas bahu atau kepala.

          c)Tahun Baru India disambut pada 14 April dan ia merupakan tahun baru bagi orang India.Pada hari tersebut,iaitu pada waktu pagi,orang India akan mandi minyak dan setelah itu mereka ke kuil untuk bersembahyang.Mereka turut  memohon maaf kepada ibu bapa ketika sambutan Tahun Baru India.

          d)Perayaan menyambut Dewa disambut pada bulan April dan Oktober.Pada bulan April,dua orang  dewa iaitu Dewa Panguniutharam dan Dewa Murugan,manakala pada bulan Oktober mereka meraikan Dewa Gajah yang dinamakan Dewa Vinegar.

           e)Ponggal ada tiga hari penting dalam'Pesta Ponggal',iaitu hari pertama Ponggal(Pesta Menuai),hari kedua dipanggil Mattuponggal(untuk orang yang ada lembu)dan hari ketiga dipanggil Kanni Ponggal (untuk anak dara).Pesta Ponggal merupakan pesta yang orang ramai akan bersama susu dalam periuk belanga

    6.2.1.KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

    • Agama rasmi di Malaysia ialah agama Islam.
    • Perlembagaan Persekutuan meletakkan agama Islam di tempat tertinggi(perkara 3).Sementara itu,melalui Perkara 11(1)dan 11(5)Perlembagaan tersebut juga membenarkan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan keamanan awam,kesihatan awam dan tingkah laku moral awam.
    • Perkara 3(1)-Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dimana-mana Bahagian Persekutuan.
    • Perkara 11(1)-Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal(4),mengembangkannya.
    • Perkara 11(4)-Undang-undang  Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya,undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganuti agama Islam.
    • Perkara 12(2)-Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri,dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-insitusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu.
    • Perkara 150(6A)-Fasal(5)tidak boleh meperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di negeri Sabah dan Sarawak.
    • Fasal(6)-Tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras denganya.


      6.3.PERANAN ISLAM DAN KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

      ⇒Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam memupuk masyarakat majmuk.

      ⇒Hak dan tanggunggjawab masyarakat majmuk telah digariskan dalam Piagam Madinah iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang telah disusun oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

      ⇒Antara peranan dan tangunggjawab yang tertera dalam Piagam Madinah adalah seperti berikut:

      a)Semua masyarakat adalah satu ummah yang bertanggunggjawab menjaga kedaulatan negara 
      b)Warganegara Islam dan bukan warganegara Islam bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara daripada diceroboh.
      c)Setiap warganegara bebas bergiat,memiliki harta dan menuntut ilmu.
      d)Setiap warganegara bebas bergerak dan menetap di Madinah.
      e)Masyarakat wajib saling tolong-menolong atas kebaikan bersama.
      f)Masyarakat tidak boleh membantu musuh untuk melakukan kemungkaran.
      g)Setiap warganegara yang dizalimi mesti dibantu dan berhak mendapat pembelaan 
      h)Kebebasan mengamalkan agama Islam tanpa paksaan.
      i)Semua masyarakat mesti mengamalkan nilai yang baik.

      • Islam telah diterima hampir sepertiga dunia dari Madinah,Eropah,Afrika,Asia dan negara-negara lain kerana sifat kepelbagaian.

      6.4.Konsep Tolenrasi Agama

      • Tolenransi merupakan suatu sikap atau perilaku manusia yang mengikut aturan,dimana seseorang dapat menghargai,menghormati terhadap perilaku orang lain.
      • Islam sebuah agama yang mengajarkan kepada umat manusia untuk selalu menghormati serta tolenransi terhadap sesama dan menjaga kesucian serta kebenaran ajaran Islam.
      • Islam sebagai agama Rahmatal Lil'alamin senantiasa menghargai dan menghormati perbezaan bangsa,budaya dan adat resam.
      • Melalui dialog kita boleh menyampaikan medium dakwah yang berkesan kepada bukan Islam seperti mengajak mereka melakukan sesuatu kebaikkan yang dapat memberi ketenangan kepada mereka dan bergotong-royong sambil dapat menyampaikan risalah Islam.
      • Hakikatnya kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin dalam masyarakat akan musnah sekiranya kita gagal memelihara keharmonian dan nilai moral yang dibawa oleh agama.
      • Kesimpulan yang diperolehi daripada keagamaan ini kita dapat bersatu padu serta menghormati di antara satu sama lain.Oleh itu,agama lain perlulah juga kita hormati untuk memupuk semangat cinta aka negara lantas dapat menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia.



      6.4.1.MEDIUM DIALOG SEBAGAI PLATFORM MENJELASKAN AGAMA.

      • Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan agama.Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama.
      • Etika yang perlu dipatuhi dalam dialog antara agama ialah:
      • Pertama,ia tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang berteraskan konsep tauhid yang terkandung dalam ajaran Islam.Asas tauhid ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga hari Kiamat(Ramli 1998).
      • Kedua,mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia tanpa melibatkan persoalan aqidah.Menurut Soroush(2001),ia merangkumi penekanan kepada sistem moral yang baik,penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk,mend alami terhadap alam semesta,penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya ilmu.
      • Ketiga,menerima pluralisme agama yang positif.Ia mencirikan tentang:
      • a)Tidak sekadar menunjukkan adanya kemajmukan tapi keterlibatan aktif yang mana setiap pemeluk agama dituntut bukan sahaja mengakui keberadaan dan hak agama lain,tetapi terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dan kepelbagaian.
      • b)Harus dibezakan dari kosmopolitanisme.Kosmopolitanisme merujuk kepada suatu realiti di mana pelbagai ragam agama,ras dan bangsa hidup berdampingan di satu lokasi tetapi interaksinya pada tahap minima.
      • c)Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai.Kesannya,semua agama adalah sama.
      • d)Bukan sinkretisme iaitu campuran atau panduan unsur tertentu atau sebahagian komponen ajaran dari beberapa agama untuk dijadikan agama baru,...(Alwi,1998)
      • e)Mengelakkan cemuhan budaya dari agama lain .(cultural and religion ridicule)dan mengelakkan perdebatan teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan.




        • Kesimpulan yang diperolehi daripada keagamaan ini kita dapat bersatu-padu serta menghormati di antara satu sama lain.Oleh itu,agama lain perlulah juga kita hormati untuk memupuk semangat cinta aka negara lantas dapat menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia.









        No comments:

        Post a Comment

        Pemikiran dan Kepercayaan

        Assalamualaikum dan salam sejahtera,inilah blog yang dapat disiapkan.Semoga dapat memberikan rujukan dan sumber pengetahuan. P...